Hukuman mati Barlow dan Chambers

Hukuman mati Barlow dan Chambers ialah hukuman mati pada tahun 1986 oleh Malaysia ke atas dua orang Barat, Kevin John Barlow (Australia dan England) dan Brian Geoffrey Shergold Chambers (Australia) dari Perth, Australia Barat, kerana mengangkut 141.9g heroin.Kedua-dua lelaki itu menjadi orang Barat pertama yang dihukum mati di bawah undang-undang baru Malaysia yang lebih tegas untuk kesalahan dadah yang menetapkan hukuman mati bagi sesiapa yang disabitkan kerana mempunyai lebih daripada 15 gram heroin. Barlow dilahirkan di United Kingdom di Stoke-on-Trent dan mempunyai dua kewarganegaraan Britain dan Australia.[1] Keluarga Barlow membuat rayuan kepada Perdana Menteri Britain Margaret Thatcher untuk membuat protes mengenai hukuman mati yang akan datang, dan Menteri Luar Negeri Australia Bill Hayden mengemukakan rayuan untuk meminta pengampunan kepada kerajaan Malaysia.[2] Hukuman tersebut menyebabkan kemarahan masyarakat dan menjejaskan hubungan politik antara Australia dan Malaysia pada masa itu.

Hukuman mati Barlow dan Chambers

Hukuman jenayah Hukuman mati
Sabitan Penyeludupan dadah
Meninggal dunia 7 Julai 1986(1986-07-07) (umurĀ 28)
Penjara Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia
Status jenayah Maut di tali gantung
Kelahiran Kevin John Barlow
1957/1958
Stoke-on-Trent, England, United Kingdom